Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.
Ayat ini dipetik dari Surah At-Tholaq [65:3] yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.
Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan Solat Fardhu 5 waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa membaca ayat ini sesudah menunaikan Solat Fardhu dengan bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya.
Malah Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang. Pergaulan seharian serta pekerjaan juga menjadi mudah.
No comments:
Post a Comment