Follower

Monday, November 16, 2009

Daging Tempra

Menu hari ni .... mmg senang nk sediakan ... n sememangnye sedap ... Ambik dri umah kak ummi .. Harap halal la ye c n p ...

Bahan2 :-
  • *700gm daging - dihiris nipis
  • *1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • *2 ulas bwg putih - tumbuk lumat
  • *1/2 cmca teh garam
  • *1 cmca teh gula ( perap sume bahan yg bertanda *selama 30 min )
  • 1 biji bwg besar - hiris bulat
  • 2 bji cili hijau - hiris serong
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • daun bwg - hiris utk tabur

Bahan A ( disatukan ) :-

  • 1 cmca besar kicap pekat
  • 3 cmca besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 cmca besar jus limau nipis / cuka - i x masukkn ni
cara :-
  1. Panaskn minyak dalam kuali , tumis bwg besar +cili merah n cili hijau hingga wangi .
  2. masukkan daging yg diperap tadi dan masak dgn api besar selama 7 -10 minit hingga daging lembut .
  3. Masukkan bahan A n kacau rata . Kecilkan api dan reneh hingga daging benar2 lembut n kacau sekali sekala .
  4. Bila telah pekat , tambah 1 cmca teh minyak masak , kacau rata. Masak sekejap dan seimbangkn rasa. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidang .

Friday, November 13, 2009

~ c@ntik Di h@ti ~

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu ,
maka Dia menyayangimu ,
Bila Dia lambat makbulkan doamu ,
maka Dia ingin mengujimu ,
Bila Dia tidak makbulkan doamu ,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih
baik untukmu .
Oleh itu , sentiasalah bersangka baik
pada ALLAH dalam apa jua
keadaan pun kerana
kasih sayang ALLAH itu
mendahului kemurkaan-Nya .

Chocolate Moist Cake

Ni kali ke 2 order cmc ni ngan sue ( http://kekcawan-sukarasa.blogspot.com ) .. memang sedap sangat bgi penggemar kek coklat cm i la ... order kali 1 x sempat nk snap pic ... smpai rumah je terus ngap ... ekeke .... Anak2 pn mmg suka sangat makan kek coklat ...










hmmm ... mmg moist sangat ... sedap ..





Monday, November 9, 2009

c@but GG @ McD

Hari ni g klinik gg ... G check gigi kakak yana ... Nk soh doktor tengok ape ptt buat kt gg dia .. pelik la sangat gg tumbuh atas gusi bawah bibir atas .... N kate doktor nk cabut sekarang or tunggu gg tu tercabut sendiri ... n kemungkinan x tercabut sendiri ... Ayah decide soh cabut ... Dengar kena cabut .. ape lg melalak la wehhh ... hehe ... Puas pujuk ... n last bleh la cabut ...
Gambar pesakit x sempat nk snap .. Layan pic after kena cabut la ... Pesakit request nk makan McD ...



kak sya n luq

Ni la pesakitnye (yana) .... peace ...


Luq ... sakit bibir ..


Fiqah ... sedapnye bubur nasi





Licin .... =)






Saturday, November 7, 2009

Bol@

Malam ni perlawanan bola sepak antara negeri KELANTAN n negeri SEMBILAN ... KELANTAN kalah ... huhu .... Tapi biasa la kan ... adat permainan la ... Ade kalah n ade menang ...



1 - 3

...= Terkeluar = ...

Kesian plak pasangan Anita n Ismadi terkeluar pada minggu ke 2 ... Tarian diorg ok gakk ... bgi kite la .. baik pasangan Enot n Zainal terkeluar dlu ... Bukan ape .. kesian kat dia ... tercedera kaki pn still teruskan tarian ... Kesian kt dia ... Pendapat kite la ... hehe ...


Sehati berDansa

Suka sangat tengok Rancangan Sehati Berdansa sejak ia ditayangkan ... Ni sume antara artis2 yg terlibat ... Tuan Rumah suka sangat tengok pasangan Sazzy , Didie n Isma .... Siapa pilihan anda ...



Sein n Nana

Sazzy n Nazril
Oshin n Firdaus

Minawan n Norah

Isma n Zul

Enot n Zainul

Dira n Ash

Didie Alias n Sham

Anita n Ismadi









Monday, November 2, 2009

CupCake

Hari sabtu baru2 ni order cupcake ngan su ... saje2 nk rasa ...
memang sedap sangat ... x rugi sape2 yg order ngan dia ... memang sedap ...



.. anak2 suka sangat deco cmni ..




Sape2 yg berminat nk order masuk lerr web dia ... suka rasa


Sunday, November 1, 2009

Rahsia Kiraan Tarikh Lahir

Dari Pakar Psikologi & Dr. Fadhilah Kamsah pernah menerangkan kaedah pengiraan ini ...
----------------------------------------------------
contoh kiraan dari tarikh lahir
contoh tarikh lahir
( 27.o7.1981 )

sikap & perwatakan ( 27 )
2+7
= 9

Visi ( 27.7.1981 )
2+7+7+1+9+8+1
= 35
= 3+5
= 8

Sifat Dalaman / Sifat ( hanya jika dipupuk )
= sikap + visi = sifat dalaman
9 + 8
= 17
= 1 + 7
= 8
---------------------------------
Definisi Ringkas .

No. 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorang pemimpin , namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no.5 ( boleh berunding ) akan berasa sedikit gila kuasa .

No. 2 = Lembut
Kita boleh lihat no. 2 pada sikapnya yg lembut , jika no. 2 pd sifat dlaman , dia mudah mengaku kalah n terlalu lembut tanpa org lain sedar . Oleh itu org yg memiliki no. 2 pda sifat lembut harus lebih kuat n pendirian tetap .

No. 3 = Kemas / Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no. 4 ( rajin ) akan menjadi seperti biasa saja .

No. 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah , visinya yg rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang skali pun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain dri org lain .

No. 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya , namun dia juga dipengaruhi no2 lain pd visi n sifat dlaman . Mampu bekomunikasi dgn org lain secara diplomasi .

No. 6 = Angin
Sikapnya seperti angin , jika kita tiup angin , dia akan pergi , jika kita sedut angin dia akan dtg . Maksudnya di sini dia tidak tetap pendirian . Sesiapa yg mempunyai no. 6 pd visi , dinasihatkan duduklah di sebelah org positif kerana anda mampu menjadi seorang yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk di sebelah org yg negatif , hancurlah anda .

No. 7 = Patuh
Seorang yg sangat patuh pd sikap , kalau visinya patuh . Kira baguslah boleh mendengar kata2 nasihat org dan harus dipraktikkan . Namun jika sifat dalamannya patuh , jgnlah terlalu menunduk n menyerah kalah .

No. 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no. ini mmg suka berniaga , suka tengok duit dan mampu mengembangkan harta dll . Hati2 jika no. 8 jatuh pd sikap kerana semua bianes dia mahu ceburi tanpa fokus dan menjayakan sesuatu . Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar . Yg paling bagus jika sifat dlmnya no 8 ( jrg org ketahui ) bahawa dia mempunyai bakat dlm perniagaan .

No. 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri , pandai berkomunikasi , pandai bergaya . Visi glamour mampu dan berani menceburi bidang2 seperti penyiaran , penyanyi , peguam dsb. Jika sifat dalamannya no.9 , jgn terlalu branded style jika x disokong sikap dan visi yg tertentu .

Awas puting bayi

Renungan tuk para ibubapa ...
Adakan anak anda menggunakan puting bayi ?? Anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yg pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan .
Kanak-kanak yg menggunakan puting sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka dewasa kelak ..
Penggunaan puting bayi secara berlebihan , secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi .
Gejala - gejalanya :-
  • Gigi beralih posisi - Gigi bertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik .
  • Kerosakan gigi ( bahagian depan ) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
  • Bernafas melalui mulut - Anak anda akan lebih cenderung utk bernafas melalui mulut berbanding hidung . keadaan ini boleh menyebabkan ank anda mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan .
  • Masalah pertuturan n bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya penggunaan lidah yg diperlukan utk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka lebih tipis utk menggunakan bunyi bagi tujuan komunikasi .
  • Menggalakkan ank berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak2 berhenti menggunakan puting bayi , jari atau ibu jari pada umur antara 2 dan 4 tahun . Bagaimanapun menghisapnya terlalu lama melebihi 6 atau 7 tahun ( ketika gigi kekal sedang tumbuh ) boleh mengakibatkan gigi dan mulut .

Jadi pk2 kan la ... what to do .... =))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...