Follower

Saturday, November 26, 2011

~ Macam2 ~

Aiii ... Korang ade baca x pasal kemenangan Yuna ditarik balik tuh ... Ade gakk terjadi macam ni yerkk ... kesian plakk .. huhu ...

Nih copy dari Hmetro ari nih ...


Trofi milik Anuar Zain



KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.


Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

..........................................................



Sebelumnya milik Yuna ...


Kata2 dari Yuna ...
Namun begitu, Yuna tidak menyalahkan sesiapa kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Dia juga turut memberitahu bahawa dia tidak akan serik untuk bertanding lagi di AIM.


“Saya takkan serik untuk bertanding lagi kerana saya seorang pemuzik Malaysia, ini periuk nasi saya. Of course saya takkan rasa kecewa, saya kena support industri,” ujar Yuna.

“Malaysia kecik je, kita kena bantu-membantu satu sama lain. Dan perkara ini penting untuk dibetulkan. Saya harap pada masa akan datang, semua orang akan lebih bagus dan tidak melakukan kesilapan seperti ini lagi,” ujar Yuna .

P/S :-  Profesional kan dia ....I always support u Yuna ..












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...