Follower

Tuesday, March 22, 2011

::~ Muntah ~::

Tengok pada tajuk jgn geli tekok plakk yer ... Just nk share jerkkk .. Benda nih berlaku pada kite hujung minggu baru nih ... 2 org ank kite tetiba jerk muntah .. muntah tanpa sebab .. x demam pn diorg .. Lepas sarapan diorg relak2 tengok tv .. tetiba buwekkk ... pastu lagikk sorg plak buwekkk ... Letih mak tau ... nk cuci muntah diorg .. huhu ... Sebelah malam nye sib baik la dah ok .. cam pelik jerk rasa .. Pastu kite pn google ler carikk info pasal bnda cm nih ...

 ( MUNTAH ) 
Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah
selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia
disebabkan oleh penyakit serius.

Apakah jenis-jenis muntah :-

Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:

• Possetting (jeluak) Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini
adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak
membahaya.

• Reflux (muntah meleleh) Reflux adalah apabila jumlah susu yang diminum
dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan
oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja.
Keadaan biasa bagi bayi.

• Projectile vomiting (muntah memancut) Berlaku apabila isi kandungan perut bayi
keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.


Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:

• Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ???stomach flu???
• Keracunan makanan
• Mabuk perjalanan
• Terlebih makan


Bagaimana muntah boleh dirawat :-

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya
dihidrasi tidak berlaku.

Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :

• Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan
kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit
• Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut,
beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan
yang sebenar)
• Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
• Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan
menyusu bayi anda.
• Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2
jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu
seperti biasa

Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun

• Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan
kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
• Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut,
beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan
yang sebenar)
• Jangan berikan air kosong
• Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
• Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan
penyusuan seperti biasa.
• Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah
susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.

Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun

• Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah
yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
• Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh
diberikan.
• Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur
mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang
sebenar)
• Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup
kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
• Jangan memaksa anak anda makan
• Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.
 
Perhatian :

 * Dapatkan bantuan perubatan sekiranya:
       • Anak anda muntah secara berterusan dan enggan makan


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...